Wednesday 10 June 2015

It's been a long day without you, my angels ....


Khairul Zafran 10.10.13 - 10.6.15 ~ 1 year 8 months
Khairul Hakim 10.6.14 - 10.6.15 ~ 1 year


Genap setahun 8 bulan dan setahun anak-anak syurgaku....oh My Angels! Alhamdulillah Mommy survived. Sepanjang pemergian mu anak-anak ku, Allah sangat sayangkan mommy. Dia beri kekuatan yang Mommy tak tahu mommy ada...


Bukan senang mommy nk kembali bekerja setelah 2 bulan ditahan di hospital dan 2 bulan lagi cuti bersalin tanpa anak yang hidup buat kali kedua. Fizikal, emosi mcm2. Daddy mula temankan mommy driving semula seminggu sebelum mula kerja, risau mommy dah lama tak memandu. Hampir 110 hari mommy tak pegang stereng kereta.  Tu belum emosi nak masuk semula ke ofis. Macam mana pandangan rakan sekerja, bos ... pertanyaan yang mommy perlu jawab. Ikutkan mommy kena pergi kaunseling, tapi kali ni mommy tak nak, kali ni let Allah heals my soul.

 Secara jujurnya,  jiwa mommy mati apabila mula bertugas di PSA pada Jun 2013. Ketika tu mommy mengandungkan mu Zafran. Mommy tinggalkan keluarga 8 tahun mommy yang susah senang dari mommy bujang, kahwin dan ada kakak Nisa, kawan baik mommy, subjek Matematik yang mommy suka sangat mengajar dan mommy tinggalkan family kebudayaan. Dari seorang yang aktif, mommy tak de apa2...hanya tunggu jam 5 petang untuk pulang ke rumah. Bukan mudah bagi mommy. Stress dengan jam lagi. Rutin harian mommy berubah. Mommy banyak complaint, itu yang mommy rasa Allah ambil semula kamu Zafran pada 10.10.2013 ketika 22 minggu.

Siapa sangka apabila mommy kembali kerja pada Disember 2013, mommy di offer jawatan Pegawai Kebudayaan PSA at the same time mommy dapat tahu mommy mengandungkan Hakim pula. Mommy janji berubah tak nak complaint dah. Mommy nk happy sepanjang mengandungkan mu Hakim. Nak tebus semula rasa bersalah mommy pada Zafran. Namun, ditakdirkan buat kedua kalinya mommy tewas kepada IC (incompetent cervix) walaupun kali ni cerclage dilakukan dan mommy dah bedrest di hospital hampir 2 bulan.

2 bulan yang mommy harap tiada siapa yang melaluinya. Buka dan Tutup mata pandangan pertama dan terakhir adalah kipas siling yang berpusing. Hanya dibenarkan berjalan dari katil ke bilik air sahaja. Posisi katil perlu ditinggikan di bahagian kaki. Rakan sebelah katil yang sentiasa bertukar. Hanya dapat jumpa kakak Nisa hujung minggu untuk beberapa jam. Setiap hari tunggu daddy datang melawat. Kalau daddy tak dapat datang sebab ada kerja mula lah mommy sedih, cari punca nak merajuk. Ubat, injection, kata-kata doctor yang sentiasa mengingatkan yang mereka sedang cuba sedaya upaya cuba apa yang mampu untuk selamatkan kandungan kali ni. Itu lah yang perlu dihadapi setiap hari.


Alhamdulillah, sejak mommy kembali semula bekerja bulan Ogos 2014, Allah mudahkan urusan mommy.. mommy pindah ke jabatan baru, dapat skop kerja yang mommy suka sangat buat walaupun mommy kena mula dari zero, luar dari zon keselesaan. Sampai Daddy bising, janji macam mana masa pindah PSA dulu...kata nak duduk diam2...

Mommy terpaksa kata, kalau duduk diam mommy boleh jadi gila kot. Cukup lah 2 bulan di hospital mommy berehat dengan gaji masih berjalan, kerajaan tak potong sesen pun. Ini masa untuk mommy ganti balik semua tu lagipun Allah dah pulangkan kerja yang mommy memang suka nak buat.


Dalam kesibukan itu, demi Allah Mommy tak pernah lupakan Zafran dan Hakim tau. Sebelum tido, lepas cium kakak Nisa, gambaran Zafran dan Hakim dalam pelukan mommy buat kali terakhir selalu jadi peneman mommy. Kini, mommy senyum, gembira, ketawa sebab mommy nekad pilih jalan itu,....mommy pilih untuk hidup! .... Namun setiap kali menghampiri tarikh 10 Oktober dan 10 Jun tu mommy emosi sikit sebab betapa mommy positif pun, hakikatnya mommy masih seorang ibu yang kehilangan 2 anak lelakinya kerana IC.

It's been a long day without you, my angels ...
And mommy tell you all about it when mommy see you again
We've come a long way from where we began
Oh, mommy tell you all about it when mommy see you again
When mommy see both of you again ....

~ Time will never heals my soul...only Allah will ~

3 comments:

  1. You're strong Ida...I know you are. And yes Allah will heal you. Aku pun pernah kena ujian kecil dan memang Al-Quran adalah sebaik-baik ubat penenang...All the best Ida...

    ReplyDelete
  2. kisah kita serupa..kehilangan 2 anak.putera dan puteri.sebab pangkal rahim lemah. tapi sis bertuah ada anak dah. sy belum lagi dikurniakan anak d dunia ni...doakan sy dkurniakan baby selamat didunia dan akhirat..

    sedih baca kisah sis.90% hampir sama. i feel u. saya doakan sis bahagia hendaknya.amin

    ReplyDelete
  3. kisah kita serupa..kehilangan 2 anak.putera dan puteri.sebab pangkal rahim lemah. tapi sis bertuah ada anak dah. sy belum lagi dikurniakan anak d dunia ni...doakan sy dkurniakan baby selamat didunia dan akhirat..

    sedih baca kisah sis.90% hampir sama. i feel u. saya doakan sis bahagia hendaknya.amin

    ReplyDelete