Wednesday 10 June 2015

It's been a long day without you, my angels ....


Khairul Zafran 10.10.13 - 10.6.15 ~ 1 year 8 months
Khairul Hakim 10.6.14 - 10.6.15 ~ 1 year


Genap setahun 8 bulan dan setahun anak-anak syurgaku....oh My Angels! Alhamdulillah Mommy survived. Sepanjang pemergian mu anak-anak ku, Allah sangat sayangkan mommy. Dia beri kekuatan yang Mommy tak tahu mommy ada...


Bukan senang mommy nk kembali bekerja setelah 2 bulan ditahan di hospital dan 2 bulan lagi cuti bersalin tanpa anak yang hidup buat kali kedua. Fizikal, emosi mcm2. Daddy mula temankan mommy driving semula seminggu sebelum mula kerja, risau mommy dah lama tak memandu. Hampir 110 hari mommy tak pegang stereng kereta.  Tu belum emosi nak masuk semula ke ofis. Macam mana pandangan rakan sekerja, bos ... pertanyaan yang mommy perlu jawab. Ikutkan mommy kena pergi kaunseling, tapi kali ni mommy tak nak, kali ni let Allah heals my soul.

 Secara jujurnya,  jiwa mommy mati apabila mula bertugas di PSA pada Jun 2013. Ketika tu mommy mengandungkan mu Zafran. Mommy tinggalkan keluarga 8 tahun mommy yang susah senang dari mommy bujang, kahwin dan ada kakak Nisa, kawan baik mommy, subjek Matematik yang mommy suka sangat mengajar dan mommy tinggalkan family kebudayaan. Dari seorang yang aktif, mommy tak de apa2...hanya tunggu jam 5 petang untuk pulang ke rumah. Bukan mudah bagi mommy. Stress dengan jam lagi. Rutin harian mommy berubah. Mommy banyak complaint, itu yang mommy rasa Allah ambil semula kamu Zafran pada 10.10.2013 ketika 22 minggu.

Siapa sangka apabila mommy kembali kerja pada Disember 2013, mommy di offer jawatan Pegawai Kebudayaan PSA at the same time mommy dapat tahu mommy mengandungkan Hakim pula. Mommy janji berubah tak nak complaint dah. Mommy nk happy sepanjang mengandungkan mu Hakim. Nak tebus semula rasa bersalah mommy pada Zafran. Namun, ditakdirkan buat kedua kalinya mommy tewas kepada IC (incompetent cervix) walaupun kali ni cerclage dilakukan dan mommy dah bedrest di hospital hampir 2 bulan.

2 bulan yang mommy harap tiada siapa yang melaluinya. Buka dan Tutup mata pandangan pertama dan terakhir adalah kipas siling yang berpusing. Hanya dibenarkan berjalan dari katil ke bilik air sahaja. Posisi katil perlu ditinggikan di bahagian kaki. Rakan sebelah katil yang sentiasa bertukar. Hanya dapat jumpa kakak Nisa hujung minggu untuk beberapa jam. Setiap hari tunggu daddy datang melawat. Kalau daddy tak dapat datang sebab ada kerja mula lah mommy sedih, cari punca nak merajuk. Ubat, injection, kata-kata doctor yang sentiasa mengingatkan yang mereka sedang cuba sedaya upaya cuba apa yang mampu untuk selamatkan kandungan kali ni. Itu lah yang perlu dihadapi setiap hari.


Alhamdulillah, sejak mommy kembali semula bekerja bulan Ogos 2014, Allah mudahkan urusan mommy.. mommy pindah ke jabatan baru, dapat skop kerja yang mommy suka sangat buat walaupun mommy kena mula dari zero, luar dari zon keselesaan. Sampai Daddy bising, janji macam mana masa pindah PSA dulu...kata nak duduk diam2...

Mommy terpaksa kata, kalau duduk diam mommy boleh jadi gila kot. Cukup lah 2 bulan di hospital mommy berehat dengan gaji masih berjalan, kerajaan tak potong sesen pun. Ini masa untuk mommy ganti balik semua tu lagipun Allah dah pulangkan kerja yang mommy memang suka nak buat.


Dalam kesibukan itu, demi Allah Mommy tak pernah lupakan Zafran dan Hakim tau. Sebelum tido, lepas cium kakak Nisa, gambaran Zafran dan Hakim dalam pelukan mommy buat kali terakhir selalu jadi peneman mommy. Kini, mommy senyum, gembira, ketawa sebab mommy nekad pilih jalan itu,....mommy pilih untuk hidup! .... Namun setiap kali menghampiri tarikh 10 Oktober dan 10 Jun tu mommy emosi sikit sebab betapa mommy positif pun, hakikatnya mommy masih seorang ibu yang kehilangan 2 anak lelakinya kerana IC.

It's been a long day without you, my angels ...
And mommy tell you all about it when mommy see you again
We've come a long way from where we began
Oh, mommy tell you all about it when mommy see you again
When mommy see both of you again ....

~ Time will never heals my soul...only Allah will ~

Sunday 22 June 2014

Itu takdirNya..

Sudah 15 hari berlalu sejak aku lahirkan arwah baby Hakim pd 7.26pm 7/6/14 ... pd usia kandungan ku 24w 1d dgn berat 700 gram...4 hari di NICU akhirnya pd 10/6/14...baby Hakim pergi juga..."extreme prematurity with intraventricular haermorrhage grade 4 (ivh grade 4)" ...itu yg tercatat dlm sijil daftar kematian...dia pilih tarikh 10 juga...sama dengan arwah abangnya zafran yg ku lahirkan 8 bulan dahulu pd 10/10/13 pd usia kandungan ku 22w dgn 540 gram..bezanya arwah zafran hanya dpt hidup sejam...extremely premature... alhamdulillah kubur mereka berdua dpt bersebelahan...

Dalam masa tak sampai setahun...aku hilang 2 org anak lelaki disebabkan incompetent cervix... mereka sepatutnya jadi teman sepermainan Nisa..my daughter yg bakal berusia 2 tahun pada 29/7...well Nisa lahir pd usia kandungan ku 33w...she was a preterm baby too...7 weeks earlier from the due date..

Ramai yg tahu melalui status fb utk pregnancy kali ni aku diarahkan bedrest di hospital sejak kandungan berusia 16w... iaitu dari 14/4/14 sbb bleeding then apabila scan pd 19w menunjukkan laluan sudah terbuka...emergency cervical cerclage (jahit pangkal serviks) dilakukan bg menahan baby dari keluar..selepas cerclage dilakukan..panjang serviks aku hanya tinggal 1.4cm (normal 3 - 4 cm) ....

Semuanya berjalan baik hinggalah pd 7/6/14 jam 4 pg aku bleeding semula...dari open ward aku dipindahkan ke HDU (high dependency unit) dan diarahkan total strict bedrest...tak boleh bgn dari katil n kembali ke trendelenburg position...ketika sedang tido sekitar jam 4 ptg..tiba2 aku trjaga..rasa seperti air ketuban pecah tapi rupanya aku tumpah darah...bila aku batuk..lg membuak2 darah yg keluar sehingga staffnurse terpaksa bg isyarat Red Alert..sekejap je dh ramai doktor di katil aku...

Aku mcm blur2 dgn apa yg terjadi..terkejut dgn darah yg byk tu...yg aku tahu pakar ambil keputusan utk buka cerclage tu...n jika cerclage dibuka maknanya aku tiada pilihan melainkan sedia utk melahirkan..aku dibawa ke labor room di mana semua dah bersedia termasuk team pediatrician ... darah mula dimasukkan bg menggantikan darah yg hilang...lengan aku kiri kanan masing2 ada 2 branula utk masukkan darah, normal saline n mcm2 cecair lain..selepas cerclage dibuka...jalan dh buka 4cm..tak lama kemudian aku bersalin secara normal n Hakim diberikan terus pd team pediatrician yg sedia menanti.

Selepas uri dikeluarkan pendarahan aku masih  x berhenti...so lg satu prosedur perlu dilakukan utk menghentikan pendarahan tu...Bakri balloon dimasukkan ke dalam rahim aku utk memberi tekanan pd dinding rahim..sepanjang proses ni aku kehilangan hampir 3 liter darah n 4 pint darah dimasukkan..keadaan aku ini istilah perubatan katakan sbg placenta abruption...jarang berlaku..mungkin satu dlm 150 kelahiran (ni aku Google)...mmg betul lah apabila wanita disaat melahirkan..itu adalah antara hidup dan mati...

2 hari aku dipantau di HDU tanpa boleh bgn dari katil sblm dihantar ke wad biasa semula..ketika di HDU dua kali doktor dari NICU dtg ambil darah aku sbb Hakim perlu buat blood transfusion...segala berkaitan Hakim suami ku yg update...menurut dia mlm kedua blood pressure Hakim mula menurun n sudah mula pendarahan di kepala...

Bila aku dipindahkan semula ke wad biasa, terus husband bawa aku melawat Hakim di NICU dgn bantuan wheelchair..mujurlah NICU Hukm ni parents boleh melawat 24 jam....1st time aku melihat dia di dalam ventilator air mata dah berjujuran...Ya Allah kesiannya anak aku dgn wayar berselirat satu badan n dgn alat bantuan pernafasan...doktor benarkan aku sentuh dia..jari2nya halus sungguh..bahagianya bila pd masa tertentu Hakim beri tindak balas..

Doktor maklumkan status Hakim yg kritikal...ivh nya dh capai grade 4..pendarahan mula masuk ke paru2 n buah pinggang makin tidak berfungsi...treatment yg dilakukan pun dh maksimum...skrg mereka hanya bg Hakim comfortable jer...jika Hakim survive byk komplikasi yg bakal dihadapi...doktor juga kata semangat Hakim kuat utk baby yg dilahirkan 24w sbb masih bertahan wpun hadapi pelbagai komplikasi...dlm keadaan mcm ni biasanya baby itu dh pergi...menurut doktor tu lg selalunya kalau ibu tak redha...anak tu tak sedia nk pergi....skrg yg tinggal semangat dia jer..

Dan apabila doktor benarkan Hakim dikeluarkan dari ventilator utk beri peluang aku mendakapnya dan juga benarkan ibu n mak aku masuk di NICU utk tgk cucu mereka...aku tahu masa dia dh tak lama...bila aku dukung Hakim dlm dakapan aku hanya mampu berkata..mommy redha jika Hakim nk pergi...cuma jika Allah Izinkan mommy n daddy jaga Hakim...kami akan jaga Hakim sebaiknya walau apa jua keadaan....Mmg tak lama kemudian dlm 11.45 malam ketika aku sdg tido di wad..suami aku dtg maklumkan yang Hakim dh pergi...

Kali ni aku berpeluang menghadiri pengebumian Hakim wpun aku melihat dari dalam kereta je..ketika arwah Zafran aku tak berpeluang sbb aku bersalin sblh pg n perlu pemantauan hospital satu mlm sblm dibenarkan discaj...sebelum dikebumikan suami bawa jenazah Hakim untuk aku cium buat kali terakhir....terkejutnya aku melihat wajah Hakim...cerah, putih bersih n berseri..tenang sungguh..berbeza sgt ketika di NICU...menurut ibu..arwah Zafran pun sama juga...mcm itu lah rupanya...sedikit handsome dari Hakim..sambil cium kata2 terakhir yg aku mampu katakan...maafkan mommy...bdn mommy tak mampu bertahan utk Hakim..my cervix failed me for the 2nd time..

Kenapa aku share semua ni? ... utk diri aku sendiri...utk family/rakan2 yg tertanya tanya apa yg sbnrnya berlaku...yes...life must go on...everything happens for a reason..Allah loves my sons more...Allah have a better plan for me....untung nya kami ada anak- anak syurga....i knew that....well I'm trying..but me...still a human n a mommy with fragile heart....believe me the feeling is not the same when you lost your father, grandparents or others in the family...

After 58 days in hospital....for the time being I need my space..my own time to grief...to cope the lost moment with Nisa...n futhermore I need to understand my own body...thank you for all the support, motivation n doa....for HUKMs' O&G (yellow ward), HDU, labor room n NICU teams...thank you for taking care of me n Hakim through this journey.....










Sunday 15 January 2012

Dinner team kebudayaan PSAS :)

Baru pas minum petang..milo n makan roti kelapa....alhamdulillah...take a break sejak kul 7.30 pagi buat keje rumah...basuh segala baju yang menimbun..(almaklum ler 2 malam tido di PSAS utk pantau audition caklempong n muzik asli utk konvo-9 yang bakal berlangsung 13.2.2012) ..then alang2 dah nk basuh segalanyer maka basuh ler cadar, sarung bantal, selimut, comfoter..n tak lupa alas kaki kuar bilik air pun aku basuh (opps IKEA punya alas kaki leh masuk mesin basuh..)...huhu terima kasih kepada mereka yang mencipta mesin basuh automatik...


Actually ni ler aktiviti aku kalau weekend sama ada sabtu or ahad...sejak2 berulang dari Putrajaya dari 1 Ogos 2011..basuh baju (purata 2 jam mesin tu berpusing) sementara nk tunggu siap, jemur karpet, sapu sampah, mop lantai, basuh bilik air, prepare utk lunch...then jemur baju (best giler cuaca panas rini).....by 11 am ah mula masak ...then lunch ....rehat jap then sambung gosok baju kerja aku and hubby utk seminggu....hubby jarang ada kat rumah weekend n  weekend ni dia outstation ke Parit Buntar..maklum ler event2 kerajaan kan biasanya hujung minggu...dah 4 hari dia outstation (tu yg leh tido kat PSAS tu :) ..) 


Semalam aku bawa Mimi n Wani, student kelab kebudayaan survey tempat utk buat majlis makan malam kelab...pas audition utk konvo hbs kul 12.30 malm kami terus balik Putrajaya...huhu sampai 2 pagi...sorry ler u all tido kat sofabed jer....then kul 10 pg pas aku buatkan breakfast kitorang gerak ke Shah Alam...first survey De Palma Shah Alam...pas bincang dgn sales officer dia yg merupakan pelajar praktikal dari PTSB, kami pun di bawa tgk hall yg diberi...aduss...keciknyer...masing2 cam frust jer...so kami pun try p survey tempat lain...


Dari situ kitorang gerak ke INTEKMA lak (tempat cadangan En Azwan Bamandhaj) ... ramai giler aku call member2 cam ne nak ke tmpt ni...hehehe sesat2 gak ler sampai masuk UITM..maklum ler jarang drive area Shah Alam sorang diri...namun berjaya sampai....malangnya bahagian sales tak kerja hari sabtu...so just dapat brochure n kena wat appointment lain...emm agak frust kami bergerak ler ke Hotel Quality lak...kami main ikut signboard n gerak hati jer..kat situ sales officer dia pas amik detail tunjuk hall (anyway aku pernah kursus kat hall tu..) dia akan emel quotation...adoi tak friendly langsung...


Perut pun dah lapar..maka lunch dulu kat Restoran Syed Bistro betul2 depan Hotel Quality...tetiba aku teringin makan nasi beriyani...aku suka dialog Wani.."Puan, nasi beriyani kat sini lagi sedap dari beriyani gam tanjung malim.." ..hehehe alahai sayang...kat tanjung malim asal ada makanan utk hidup jer...apa2 yg betul2 sedap tak dapat ler..even Pasar Ramadhan dia tak leh lawan Pasar Ramadhan Parit Raja (sape yg belajar kat UTHM tau ler)...hehehehe...sambil makan tu kami decide survey last tempat Kelab Tasik Putrajaya ... tempat ni aku jumpa masa survey2 river cruise Putrajaya...kalau buat dinner sambil rivercruise mmg best ar..tapi budget kena besar gak ler..tak leh la RM 50...coz nk dinner atas kapal.


Kelab tasik putrajaya ni kat presint 8 jer..tak sampai 10 minit dari rumah aku...hehehe...sejak duk kat Putrajaya ni ler 1st time aku dtg sini...


Entrance Kelab
Jejakkan kaki dah rasa waaaa .... maklum ler gaya, mutu, keunggulan, cam mewah jer...dah ler tepi tasik..hehehe...kami pergi ler ke kaunter pertanyaan utk tengok pakej, tempat, sebagainya...mmg best la...then ada satu private room - bayu lounge yg leh tgk pemandangan tasik....kami cam dah jatuh hati...then bincang harga....harga Menu sgt affordable RM 52.00/seorang je...menu kat De Palma Hotel pun RM 55.00/seorang...tapi tak termasuk private room kalau kami nk Bayu Lounge tu, PA system, Stage, waiter khas utk serve...semua harga lain...tak termasuk gov tax 6%....aduss...dah janji dgn ahli kelab bayar RM 50 jer...aku, Mimi n Wanie pun duk lepak, tenang kan fikiran dulu....yang duk kat kaunter pertanyaan ni lak bukan bos...so aku decide nak tunggu gak bos dia yg tgh lunch break....mana taknya aku tanya kalau student tak de diskaun ke?...semua kata tak de or tak tahu...adoii rupanya baru 3 bulan keje...boleh dimaafkan lah...


Then, dpt gak discuss dgn bos in charge, Cik Ika namanya...bincang2 punya bincang dia kata insya Allah dia akan cuba bagi diskaun terbaik...tapi bukan utk menu..menu tu mmg fix RM 52.00...then aku bincang dgn Kamal akan cuba usahakan baki duit...kami terus setuju nk buat kat sini lah....dialog Wani lagi sekali "Puan, makan kot hotel kita dah rasa, kita rasa makan kat tepi tasik pulak lah ye"...hehehe Wani ni kalau bercakap mmg comel....Ni antara pic yg aku nk share...
Ni pic aku amik dari intenet


Ni dari pintu masuk Bayu Lounge
Luar Bayu Lounge ada beranda utk amik amik angin sambil tengok tasik
Contoh susunan meja
Ni dari beranda...kat anjung bawah tu ada khemah coz tgh ada  event masa tu
Luas Bayu Lounge ni leh muat sampai 80 pax


Pas setel sume, kami pun balik rumah...Mimi n Wani kemas2 beg nk balik TM...sib baik lah member Wani nk hantar diorg balik T.M if tak kena naik bas ler diorg...aku pun hantar ler diorg naik ERL kt Putrajaya Sentral...5 minit je dari rumah aku...so member Wani akan tunggu diorg kt KL Sentral...alhamdullilah coz kesihatan mata aku tak mengizinkan...dry eyes aku kembali lagi...biasa ler musim2 konvo...bila stress n tak cukup tido maka ia kembali....drive dgn diorg hari ni kiranya aku kuat kan semangat n think positive semuanya selamat...pada hal mata aku dah berair n pedih giler....pas hantar diorg balik aku tido sampai kul 6 pagi ni...


Apabila memikirkan penat lelah n komitmen team kebudayaan PSAS baik caklempong, tarian n muzik asli aku n kamal tutup mata lah utk dinner pertama kali ni...pandai2 ler kita Kamal utk cari duit n support anak2 ni ... especially utk semua yg dah semester 6...yang telah bersama dgn team sejak semester 1...yang sentiasa ada dengan aku ketika sgt2 perlukan kamu......yang tidak pernah lupakan aku bila kembali dari LI....yang berbakti  dalam menaikkan nama PSAS tanpa banyak karenah....yang tidak pernah lupa utk membayar balik budi PSAS kepada kamu dengan meluangkan masa melatih adik2 dan juniors walaupun kamu semua sibuk dgn pelajaran masing2......terima kasih kerana tak pentingkan diri sendiri....sesungguhnya aku n PSAS sgt bertuah kerana mempunyai pelajar macam ni...semoga yg junior dpt belajar dari sikap senior ni.....amik yg elok2 jer...bad attitude yg dtg lambat, keras kepala, sombong, eksyen dan sebagainya jgn ambil lak :) ... 


So tarikh dinner 18.2.2012...mula2 nk wat 4.2.2012...tapi Bayu Lounge tu dah ada org booking time tu...tak pe lah yg penting hari sabtu...yg mana tgh LI leh dtg gak..semangat korang kan !!! Lagi pun 4.2 tu a week b4 konvo...dengan team caklempong yang tinggal half...2 pemain sauwa, 2 gereteh, 2 gendang pegi LI, yg tinggal semester 6...tu pun alhamdulillah masih sudi utk join utk konvo ni walaupun bz dgn final project....yang muzik asli aku lak tak tau apa masa depannya....mmg kena start from zero...kosong....baby yg baru lahir...aku hanya mampu berdoa dalam masa sebulan ni keajaiban akan berlaku....huhuhu kena think positive....what u give u get back...aku percaya aku dah bagi penuh kasih sayang pd PSAS...dan PSAS akan kembali kan kasih sayang tu dgn lebih lagi :) .....






Thursday 22 December 2011

You are what you eat. Amalkan hidup sihat!

You are what you eat. Jom jalan kaki je dalam PSAS tak pun jom join team tarian :)

Tuesday 20 December 2011

Dulu, Kini & Selamanya...


Sejak2 student baru mendaftar masuk mood kerja sudah mari....aku tgk student senior yg jadi petugas MSK bertungkus-lumus..muka tak cukup tido, berpeluh hbs berminyak rupanyer....teringat kenangan lama masa mendaftar kat KUiTTHO, tahun 1999...Minggu Haluan Siswa (MHS) lagi teruk dari MSK kat poly ni...hbs dkt 1 pagi...kul 4 pagi dh bangun...dgn LDK nyer...tu lum lagi dengan senior garang, muka kerek, poyo semua ada...bertembung dgn senior kena bg salam...bila kita senyum bukan diorg nk senyum balik...aku ingt muka2 senior poyo tu sampai skrg...mana nk lupa coz dh sama2 kerja kat PSAS ni haaa...tu la dulu kereks sgt...kn aku dah jd rakan sekerja..hehehe

aku rasa aku tau kenapa aku dpt KUiTTHO walaupun aku tak minta pun apatah lagi aku tak mohon langsung engineering course!!! Waaa den tak minat Fizik, tak minat Add Math apatah lagi Kimia...hehehe dalam tak minat tu cemerlang gak SPM aku...11 agregat < cemerlang ke??? (den ni zaman jurassic park...u all skrg pakai A, B, C, D bagai..) kat borang UPU tu aku mohon course kaunseling, pengurusan pelancongan, setiausaha...yg merepek jer...satu sangkut aku dipanggil interview utk Ijazah Kaunseling UTM, kena p interview UTM Jalan Semarak...

First sekali peng'nterview' minta result SPM...sampai skrg aku ingat dia kata apa...dia kata "awak ni silap pilih course ni...result mcm ni awk nk nyusahkan diri awk dgr masalah org?..org nangis2 kt awk?...nk serabutkan fikiran awk?.."masa tu aku confuse...result aku ok ke tak ni? ..tak layak ke?...then terus dia tanya...apa yg awk minat sebenarnya?..aku terus la cakap, "sy minat berkomunikasi, bercakap, saya nk jadi cikgu.." ...aku ler paling kejap kena interview....confirm la x dpt UTM ni...hehehe..

Alhamdulillah 2 bulan pas tu dpt surat cop logo UTM ...tapi tawaran buat degree Civil Engineering, kampus kat ITTHO, Parit Raja...emmm punyalah tak happy coz dpt engineering pas tu kat tmpt mana ntah Parit Raja ni...adoiii...nangis2 tapi pegi jugak...nasihat ibu n arwah abah, takkan nk tolak, umur 18 tahun terus wat degree engineering kt IPTA....jimat dah masa...then dlm surat tawaran tu disertakan borang biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), if dpt biasiswa ni diwajibkan sambung Masters Edu (sponsor by KPM lagi) then jadi pensyarah kat mana2 politeknik dgn kontrak 8 tahun....tu lah lepas buat degree 4 tahun then terus buat Masters Edu utk 1 setengah tahun, akhirnya aku lapor diri di PSAS pd Februari 2005...cita2 nk jadi cikgu dah tercapai cuma upgrade ckit as pensyarah...

Sejak dh keje tahun 2005, ada ler aku balik melawat KUiTTH0..tu dlm 2 kali...first masa konvo Masters aku, Ogos 2005...masa tu dah keje..syok la balik jumpa akaks n abangs dlm kelas Masters aku (yg sebaya dgn aku dlm kelas ada ler 3 org je kot..yg lain senior yg extend masa degree..hehehe)...then kedua konvo adik aku, Zaleha...tahun 2007 zaman dia dah UTHM...masa ni UTHM dah besar giler bukan cam zaman aku padang jarak padang terkukur....bangga tgk pembangunan UTHM n Parit Raja...huhuhu zaman aku pasaraya Wellward tu la paling canggih kt Parit Raja coz ada eskalator..hehehe

Selain tgk student MSK ni yg membuat aku teringat zaman2 aku belajar dulu bila aku terjumpa semula dgn ex-lecturer aku Prof Dr. Wahid Razally kat International Conference in preparing TVET Educators for The Next Generation (berbelit lidah den ni haa nk menyebutnya)...international conference ni anjuran MOHE, CPSC, GIZ dn mcm2 agensi...aku terlibat dgn persembahan kebudayaan utk mlm dinner...tu..hehehehe Dr. Wahid jadi panel time pembentangan kot...dia ni mengajar aku subjek Highway masa degree then Research Statistic masa aku wat Masters....bagi aku dia ler lecturer paling berkarisma, mengajar pun cool n steady je (walaupun aku tak faham sgt...hehehe)....Tak sangka lak lepas 6 tahun jumpa balik....paling best dia puji persembahan pelajar PSAS mlm tu....dia tak sangka Wawa n Arif tu student aku....nway bukan dia je puji...majoriti sume berpuas hati dgn show team kebudayaan PSAS...ada delegasi dari Jepun asyik merakam je show diorg ni...yang penting HQ JPP n pengarah PSAS puas hati....pdhl diorg x tau apa yg terjadi belakang tabir, baik lah ada my BFF, SJJ (Siti Janariah), my Pengurus Artis (PA) Vun Mimi n team multimedia PSAS n PSA..kat cni aku share few pics n video favourite pd mlm tu...byk lagi video yg aku dah upload kat You Tube

           Hello by Arif Saufi Ahmad
 Arif ni meng'surprise' kan semua orang...tak sangka lak suara dia romantik betul...selama latihan dgn team muzik asli dia cool je..maklumler junior,baru sem 3 berbanding dgn yg lain yg sem 5,sem 7 bagai...so peluang utk dia menyanyi tu kurang ler..asyik2 kena nyanyi lagu cek mek molek jer..dah rezeki dia kali ni utk menonjol coz team muzik asli tak nk ikut..dia je yg setuju...





  2 Insan Bercinta by Arif Saufi Ahmad

Then aku try gandingkan dia dengan DIVA PSAS yang tak yah dikenalkan lagi, Wawa...byk sgt dh video yg Wawa nyanyi aku upload..all time favourite aku bila Wawa nyanyi lagu Yuna, Dan Sebenarnya diiring oleh team muzik asli...tapi gandingan ni ssesuatu yg fresh comel diorg dua ni..ada chemsitry :)







If I Aint Got U by Wawa Rosely

Diva PSAS ni..bagi ler nyanyi lagu apa pun..lagu asli, moden, lau omputeh semua boleh...lagu hindi pun dia nyanyi best..teringat dia karaoke kat kantin Poly Merlimau masa SIPMA 4...terpegun pakcik karaoke tu...sanggup tunggu team PSAS smp 12 tgh mlm la nk berkaraoke dgn kitorang...huhu


Tarian  Asmaradana 
tarian ni diorg koreograf sendiri,1st sbg tarian pembukaan masa Projek Bakti Murni FELDA-KPT 2011. Then untuk pesta konvo, Malam Pesta Karnival Sukan MSP. Masa malam pesta MSP tu ler pengarah PSAS yg baru tgk tarian ni terus dia suka.. untuk International Conference dia request tarian ni...4 kali menari tarian ni..4 kali berubah...asyik2 surprise jer diorg ni...


We're happy family

dgn Azwan Bamandhaj..abg tiri kesayangan team tarian PSAS..hehehe
Team Caklempong
Dekan FPT UPSI, me n Prof. Dr. Wahid Razally (Dekan FPT, UTHM)
Mimi (Senior PA), Ezatie (Junior PA)n my BFF -SJJ
DIVA2 PSAS
Sgt2 best bila terkenang zaman2 muda...so mana2 student yg baru sem 1, hargai lah masa di PSASni..tanpa u all sedari masa tu berlalu dgn cepat...tau2 dah sem 6...so sumbanglah bakat, bakti utk PSAS...join ler sukan ke...join team kebudayaan lagi best!!! u all takkan menyesal sbb kenangan tu tak boleh dijual beli...confirm kt Uni nnt u all tak smpt nk join apa pun hehehe..




Friday 16 December 2011

Hello Vietnam!

Next week 19 Dis 2011 student baru akan daftar, maka akan sibuk dan bising lah semula PSAS ni...ketenangan tergugat kembali...ada baki cuti 9 hari lagi....tak sempat lah nk habiskan tahun ni..sebab next week kompom bz..hehehe next week je ke bz nye alahai Pn Wahida Mohamad Noor??...belum ada mood nk tutup FRP aku teringat lagu Hello Vietnam (click utk layan lagu touching nih!) yg tour guide aku dok nyanyi dlm bas dalam bot bagai...so entry kali ni nk cite psl Vietnam ler nih..
                                     
2 - 5 Disember 2011. trip ke vietnam anjuran PUSPANITA PSAS yg dikelolakan oleh Pn Hidanah Mohd Yunus, Ketua Biro Sosial yg bersemangat waja..mcm2 cite yg terjadi kt vietnam nih...tp aku nk cite yg best2 jer..kitorang amik pakej so kenalah follow apa yg telah ditetapkan...pengangkutan rasmi Airlines Tambang Murah Air Asia yg terkenal dgn trademarknye "Now Everyone Can Fly" ... huhuhu nk harap MAS mmg x dapek lah den ni travel ke mano2 yg memerlukan pengangkutan udara sesuka hati :)...thanx Mr Tony Fernandes!!

Trip ni ada 38 org, n aku ditemani oleh hubby n Sis in law (ica) .. Sampai kat airport Ho Chi  Minh (travel hampir 2 jam) kami disambut oleh Romeo, tour guide kat sana..kami tiba kul 10 malam waktu Msia n kul 9 malam waktu tempatan .. beza sejam jer...ok lah english si Romeo ni senang faham...dia jemput kitorang dgn bas yg cantik n bersih...agak lain design dia dgn bas persiaran kat Malaysia..oleh kerana flight lewat sejam dari LCCT, kami terus p makan n balik hotel Ha Hien 2 utk berehat..hotel ni mmg superb..wifi dia laju gilerz..channel tv ada 50 lebih sampai aku letih aku nk cari channel yg aku fhm...akhirnya jumpa lah StarWorld, Channel V, Disney Channel..boleh lah layan....

3 Dis 2011, 8 am (waktu tempatan) kitorang dah berkumpul kat depan hotel, Romeo nak bawa p tempat paling bersejarah Chu Chi Tunnel (sebutan Kuci)..adoi sejam setengah perjalanan dari bandar Ho Chi Minh ni...laki aku panggil terowong tikus...kat sini majoriti tentera yg jaga...aku agak sbb depa pakai baju tentera...org Vietnam sgt berbangga dgn terowong ni sbb terowong ni lah Amerika kalah dalam Perang Vietnam...kecik benar...mmg tentera Amerika tak masuk..hubby aku pun x muat.....kt dlm hutan tu Romeo suruhlah kami ni cari pintu masuk terowong dibawah rimbunan daun2..puas 38 org tu kuis2 dgn kaki tak jumpaaleh2 bila Romeo tu tunjuk ada ler sebesar saiz kertas F4 lubangnye...heheh laki aku yg agak saiz badan tentera US confirmlah tak leh masuk ikut pintu ni..hehehee...dia kena ikut pintu yg lain...

Mmg survival lah tentera VietKong ni..terowong ni panjangnya lebih dari 200 kilometer ..(panjang lagi terowong ni dari Putrajaya - Behrang..huhuhu)...Terowong ni mmg la gelap gelita...sape yg ada darah tinggi, lemah jantung, sakit lutut bagai tak dibenarkan masuk, maklumlah kena jalan itik...ada part yg dah dipasangkan lampu..ada part golap bonar..masa ni mmg boleh diserang panik secara tetiba...maklumlah gelap, sempit, bau..adoi..2 minit rasa lama giler...bila dah keluar tu mmg rasa lega giler...cam ne lah diorg leh hidup bertahun2 dalam terowong ni...suspek betul...





Kat Chu Chi Tunnel gak ni first time aku pegang M16, ada padang menembak kat situ, hubby aku sibuk, dh alang2 sampai dia nk cuba...satu peluru  M16 harga 30,000 VND (vietnam Dong~matawang diorg) lebih kurang RM 5..minimum kena beli 10 peluru..hehehe hbs RM 50 utk kami bertiga cuba M16 ni...

Aku kene jengket sikit..hehehe almaklum ler comei sgt (tak sampai 150 cm pun..)..bingit telingo kalau tak pakai earphone gedabak tu...aku merasa tembak 2 peluru je..lebih tu hubby aku...maklumler dia yg excited lelebih...kat sini gak diorg still simpan US Tank (keta kebal) yg diorg berjaya musnahkan, contoh jerangkap samar yg diorg buat, bom, patung replika tentera Vietkong, peluru pelbagai senjata masa perang Vietnam ni..
habis merayau dalam hutan, Romeo pun bawa kami balik ke town Ho Chi Minh utk lunch dan shopping di Pasar Ben Tanh...kat sini ler terjual segala kain cotton Vietnam yg pompuan2 Malaysia dok kecoh tu..hehehe hubby kata mcm corak langsir je....aku tak de ler beli byk kain2 vietnam ni..hanya utk diri aku jer...tapi balik Malaysia member ofis Jana n Nojie dah sapu dulu hahaha...tu tak masuk adik aku...datang rumah tgk kain tu dia berkenan terus bawa balik..hehehe last2 tuan punya diri yang tak de pape :)...

4 Dis lak 8 pagi Romeo bawa pegi Sg Mekong..hehehe dulu belajar dalam buku Geografi jer Delta Mekong ni haa...terkenal dgn penanaman padi...tak sangka pulak boleh pulak sampai sini...mmg la padi saujana memanjang...dalam sawah terbentang luas tu ada ler aku tgk batu2 kat tgh2 sawah....si Romeo ni mcm tau2 jer ape yg bermain kat fikiran kitorang...dia kata kat batu2 or binaan empat segi kt petak2 sawah tu adalah kubur...generasi dulu2 diorg taknak anak cucu cicit jual tanah sawah pd masa yg akan datang so sbb tu lah diorg wasiatkan mayat diorg di tanam di sawah masing2...huhuhu teringat nasi yg kitorang makan.....


Bila kat Mekong ni mestiler berkaitan sungai...sungai dia lak panjang  lebih 300 km dan bahagian yg kami pergi ni ada few pulau...so kami di bawa ke pulau2 ni utk tgk industri kecil diorg, mkn2 n tgk brg kraftangan yg dijual...adoi gilo aku tgk makcik2 ni bershopiing...boleh terpengaruh dibuatnya...dah poie pulau2 of coz ler naik bot yg boleh muatkan kami dgn 38 org ni haa...

Dah tour n tgk brg2 kat pulau tu, nk balik ke bot kena naik sampan n lalu sungai2 kecik lak..adoi..tak sangka lak leh trafik jam kt sungai... berlaga-laga sampan ler .... yg aku tau wanita2 Vietnam kat Mekong ni kuat2 belaka coz boleh dayung sampan...tips yang diberi pada diorg untuk sekali trip VND 10,000 (huhuhu tak sampai rm 2 je)..aku rasa tak berbaloi dgn dayungan tu...tapi depa ni berlumba-lumba gak...nk kejar trip kot..hehehe...

 Balik dari Mekong ni sambung ler shopping kt town Ho Chi Minh, maklum ler esok dah nk balik...aku tgk semalam makcik2 ni dah shopping melambak-lambak...hari ni shopping lagi...huhuhu depa ni nak bawa balik meniaga agaknyer...huhuhu..

Dinner malam last tu special ckit..dinner atas kapal..cruise kat Saigon River...adalak show wanita api yg seksi lak....terbeliak mata org menengoknyer..hehehe..


So esoknye pagi acara bebas sebelum balik fligt kul 9 mlm...adoi pagi tu ler baru kami bertiga shopping menghabiskan duit VND yang dekat 2 juta...hehehe....maka jumlah beg kami bertiga dengan ini mencapai 30kg...ok ler tu purata sorang 10 kg...Kat airport ni mcm2 peristiwa berlaku...alhamdulillah boleh balik dengan selamat...satu jer vietnam ni..masalah bahasa...BI diorg kantoi gak lah...

 Hasil cerita dari Romeo hanya 1% dari belia dapat belajar tinggi-tinggi.. so untuk pakai kereta mmg la cam mimpi...lagipun minyak mahal 1USD/liter .. lebih kurang Rm 3.20/liter...so motosikal adalah pengangkutan utama...mmg byk giler motor...lesen motor pula perlu diperbaharui 3 tahun sekali...yg meniaga tepi jalan mmg banyak especially warga emas...kuat betul survival diorg..dijajah Manchuria, China...perang vietnam... so bila layan lirik lagu Hello Vietnam mmg la menusuk kalbu....especially part  "One day I'll touch your soil.  One day I'll finally know your soul.  One day I'll come to you. To say hello... Vietnam."  Mau menangis sape yg menjadi pelarian tu bila dengar lagu ni....cespecially yg dari baby dah dihantar ke ke negara lain...cam kita dengar lagu Dendang Perantau time raya le kan..heheh

Thats why aku suka travel bukan utk shopping tapi dgn melihat budaya,cara hidup negara lain dan memahami sejarah diorg baru kita boleh hargai apa yg ada di Malaysia.. Anyway aku sangat suka subjek Sejarah n geografi masa sek men dulu....Well masa den form 5, den lah Presiden Persatuan Sejarah & Geografi Sek Men Puteri Seremban (tahun 1998..hahaha tak cayo check majalah Srikandi sekolah pompuan yg femes tu)

So if ada peluang travel lah...if belum ada peluang nk travel naik kapal terbang secara realiti...paling murah nk travel adalah dengan membaca...ikutlah buku ke, melalui internet ke...hanya dengan membaca kita boleh pergi ke mana yg kita suka, jadi apa yang kita nak, at the same time we're safely at home...thats why i love to read....haa dulu baca buku geografi kan dah sampai Vietnam!! kang keluar topik membaca jambatan ilmu...hehehe....till the Bye2 Vietnam ... Hello China!!! (next trip bulan Julai 2012) ...




Friday 2 December 2011

Yesss!! PSAS tuan rumah Karnival Sukan MSP XIV...

Yess!! Buat julung kalinya PSAS terpilih jadi tuan rumah karnival sukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) XIV (kali ke berapa ntah nih! hehehe) ...go PSAS! ..go PSAS! ...team JSKK aku tau pening kepala nk menguruskan hampir 2000 ribu staf and atlit yang akan berkampung di bumi Behrang yang penuh kehijauan dan ketenangan (huhuhu hutan...pagi2 ngadap banjaran yang berkabus..) dari 3 Disember 2011 sampai lah ke 7 Disember 2011....games yg akan dipertandingkan adalah bola jaring, bola tampar, futsal, ping pong, badminton n sepak takraw kot...hehehehe aku tak berapa ingat lah coz fokus kat team kebudayaan yang akan perform untuk dinner Majlis Penutup Karnival nnt....

Cam biasa aku panggil pakar2 terbaik dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris...Cik Munii (Tari), En Norazman (Caklempong) dan En Suniza (Muzik Asli) .. event sebelum ni part Tari diketuai oleh En Fazli..tapi skrg tgh wat PhD kat Jogjakarta tu yg diganti dengan Cik Munii...hehehe student aku kata Cik Munii garang...haaa padan muka tak de lah korang berani nk main2 n lewat datang training....

Sejak2 aku berulang Putrajaya-Behrang secara harian ni nk menguruskan anak2 aku yg dekat 50 orang ni ramai yg volunteer+paksarela tolong aku...for MSP team aku kali ni Jana, Seha, En Yazid, Ain n Yan..tak lupa Kamal yg sentiasa di sisi walaupn akus asyik bising2 x cukup itu ini....aku kalau takde depa nih pening pale coz 2 Dis sampai ler 5 Dis aku follow trip PUSPANITA PSAS ke Vietnam..benda dah rancang dari awal tahun 2011 sementara tarikh karnival dalam bulan 8 baru tau....takkan burn lak nk p vietnam kan...ontah biler dapat poie laie...hehehe

Start dari 28/11 diorg training pagi, petang n malam...mana yg waktu bekerja aku leh ler pantau, malam i leave to sape yg tinggal kat kuaters laa...Semalam aku decide bawa kereta sendiri n balik malam sikit coz hari ni aku dah cuti prepare nk ke vietnam..(hahaha duit vietnam pun aku tak tukar lagi nih!..confirm bising hubby aku)...so semalam aku merakam lh saat2 diorang latihan...sembang2 dengan diorang...antaranya:



Cik Muni suh syelek buluh ni bior nmpk cantik sikit (utk tarian etnik Borneo)...maka kami pun minta kerjasama dari pensyarah yg jaga Makmal Kayu kt JKA, En Nahar...tu yg aku sayang nk tinggalkan PSAS sebab staf dia sentiasa membantu rakan2 yg lain..pentas caklempong yg digunakan masa konvo PSAS pun depa lah gak yg settlekan...hehehe hbs pantau pljr2 mensyelek aku n Jana p T.Malim lak beli kain chiffon utk baju tarian...Jana ditugaskan untuk menjahit jubah untuk tarian Arab nnt...huhuhu sib baik my BFF pandai jahit menjahit..satu kemahiran yg den tak do...jahit butang baju boleh lah..hehehe

Latihan mlm tu lah baru aku dapat tgk tarian pembukaan nnt..tarian jawa..huhuhu aku yg tgk diorg praktis pun letih...

then caklempong dengan lagu Never On Sunday (huhu leh klik utk tgk video nyer) ..yg lain x sempat nk upload....k lah all the best anak2 ku...bonda akan rindu u all semua and ada bersama u all semua pada show kita nnt...rakan-rakan PSAS semua selamat menjalankan tugas untuk karnival MSP nih...